Tuesday, December 2, 2008

HATI KITA ALLAH YANG TAKBIR

  • Hati kita dalam genggaman ALLAH.                                                                                                              

  • Hati kitalah yang menjadi raja bagi segala anggota badan kita.Hati jugalah yang pertama yang akan mengambil tempat nafsu dan syaitan saling menggoda dan merosakkan tuboh badan kita.Sekaligus mempengaruhi tingkah laku,pemikiran,corak dan cara hidup seterusnya memcorakkan sebuah masyarakat samaada membina kebahagiaan,keamanan,ketenteraman atau sebaliknya kearah kerosakan,porak peranda dan kucar kacir.Hati memainkan peranan yang penting dalam segala segi dan bidang,apa saja ilmu samaada ilmu dunia atau akhirat.Burukbaiknya akhlak kita,tubuh badan kita,tingkahlaku kita dan seterusnya corak dan cara hidup kita adalah tergantung kepada 
  • kekuatan hati dan kelemahan hati kita.                                                                                               MEMBINA KEKUATAN HATI 
  •                                                                                        Oleh sebab itu ilmu pertama yang hati harus kenal ialah ALLAH S.W.T.Mengenal ALLAH S.W.T. bukanlah satu perkara yang mudah atau dianggap mudah menurut tanggapan kita atau pemikiran kita.Ramai manusia mudah ditewaskan oleh nafsu dan syaitan lantaran lemahnya ilmu untuk mengenal ALLAH S.W.T Malahan tiada keinginan lansung untuk mengenal ALLAH S.W.T. apalagi sudah menjadi lumrah hidup bergelumang dengan kemewahan,keseronokan dan khayal dengan angan-angan sehingga lupa dengan kehidupan yang lebih panjang yang sedang menantikita iaitu kehidupan akhirat. Perkara pertama yang hati harus terbina iaitu mengenal kebesaran dan keagongan ALLAH S.W.T.iaitu dengan cara membina kekuatan yakin,kekuatan takwa,kekuatan ikhlas kekuatan syukor dan kekuatan sabar yang seterusnya mempengaruhi tingkahlaku,akhlak,budipekerti dan mencorakkan kehidupan yang sejahtera,tenteram dan bahagia yang akhirnya akan menjamin kehidupan kita yang baik di akhirat.Untuk membina kekuatan iman bukanlah satu perkara yang mudah.Ia memerlukan konsentrasi dan penumpuan yang sepenuhnya serta konsisten melalui mujahadah,takzirah,pembicaraan (dakwah),acara atau majlis zikir dan kesungguhan atau komitmen untuk menuju kearah pengenalan terhadap ALLAH S.W.T.Penumpuan yang lebih berkesan adalah dengan disertai oleh semua anggota badan kita termasuk 4 panca indera.Inilah yang dilakukan oleh para nabi dan rasul diikuti oleh para sahabat Rasullah s.a.w.Seterusnya diwarisi kepada seluruh umat manusia sehingga hari kiamat.Jemaah-jemaah atau kumpulan-kumpulan dibentuk untuk membina satu sistem atau aktiviti yang kukkuh dan mantap supaya setiap amalan dan ibadat akan memberi kesan kepada hati dan seterusnya mempengaruhi akhlak,tingkah laku dan peradapan atau tamadun manusia.Inialah yang dilaku oleh para-para jemaah tabligh agar kesinambungan tanggungjawab serta maksud perjuangan para nabi dan para sahabat tetap terus terpelihara sehingga hari kiamat dalam melahirkan u mat yan beriman,bertakwa dan berakhlak sebagaimana akhlak alquran.  
  •      BERUSAHA KEARAH KEBAIKAN                                                                           Berusahalah kearah kebaikan hanya dengan bermula daripada hati.Selagi hati kita tiada kecintaan dan kosong dengan pengenalan kepada ALLAH S.W.T. selagi itu umat ini akan ditindas dan ditimpa kehinaan yang dahsyat.Dicacimaki dan diperbodohkan oleh kafirin hingga lemah dan daif dari segala segi tanpa kita sedari.Insaflah wahai umat marilah kita berusaha dan berjuang berlandaskan ajaran alquran dan rasul.Sekian sampai disini semoga ALLAH S.W.T. BERI KITA FAHAM AKAN TUJUAN HIDUP KITA.

No comments: